Wednesday, December 17, 2008

Keyakinan Diri

Bagi saya, keyakinan diri adalah sesuatu yang amat-amat berharga. Tanpa keyakinan diri, seorang yang berilmu tidak akan dapat mengamalkan ilmunya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang gagah tidak akan mampu menggunakan kekuatannya. Tanpa keyakinan diri, seorang yang hebat tidak akan mampu menyerlahkan kehebatan dirinya.

Saya juga percaya, walau sehebat mana pun diri kita, ada masanya kita merasa seolah-olah hilang punca dan hilang semua keyakinan diri yang pernah kita miliki. Kita rasa rendah diri dan tidak mampu menghadapi cabaran. Kadangkala dengan hanya melihat kejayaan orang lain sahaja sudah mampu membuat kita rasa sedih, kecewa dan tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Banyak sebab mengapa kita boleh mengalami keadaan begitu. Namun, dalam posting kali ini, saya tidak berminat untuk menceritakan itu semua kerana saya percaya anda semua pasti sudah tahu sebab-sebabnya. Apa yang ingin saya kongsikan ialah di saat kita merasa lemah dan tidak yakin diri, dari manakah kita boleh dapatkan setitik atau seteguk keyakinan diri agar kita kembali bertenaga untuk meneruskan cabaran dan rintangan hidup? Di manakah letaknya sumber utama kekuatan dan keyakinan diri kita?

Untuk menjadikan posting ini lebih bermakna dan lebih anda ingati, apa kata anda fikirkan dulu hari ini tentang soalan ini. Biasanya, apabila anda merasa rendah diri atau hilang keyakinan diri, apa yang anda lakukan untuk menaikkan semula semangat dan keyakinan diri anda?

Monday, December 15, 2008

STRESS?

Learn What Causes Strecss

Understanding the root of some of your anxiety will help you fight it.
Particular industries are notorious for creating high stress environments. Law, finance, fashion, and entertainment are all considered high pressure careers.

If your job is going to be demanding for the near (and hopefully not extended) future, you'll want to be certain that the sacrifices you make now will be worth it later.
If not, you might want to re-evaluate your priorities.
Caring for an elderly parent can be a particularly trying experience. If you fall into this category, be sure to seek support early and often.

Remember that even "good" changes, like moving to a new home or starting an exciting new job, can be stressful.
Worries can arrive with a shaky financial market, leading you to worry about your investments and future retirement.
Even kids experience stress because of difficult situations at school or with friends.
And it should go without saying that any sudden trauma or loss can create acute stress.


Sunday, December 14, 2008

Azam

Sama ada matlamat Anda panggil sebagai azam, target atau cita-cita, pastikan ia sentiasa ada dalam kehidupan seharian. Bangun pagi, set jam berapa Anda nak bangun, mandi lalu bersiap. Tidur nanti, set nak ada emosi cemana pada keesokan hari.

Jika Anda suri rumah, pastikan dalam apa yang Anda lakukan letak matlamat supaya jadi makin bersemangat. Bahkan sebelum ini Anda dah set matlamat, tanpa Anda sedari. Contoh, Anda akan terfikir hari ni nak masak lauk apa, jenis masakan yang cemana, nak makan jam berapa…Untuk jadi suri rumah yang lebih bersemangat, masukkan sedikit curahan motivasi.

Lakukan dengan tekad untuk menghasilkan yang terbaik. Enjoy apa yang Anda buat supaya Anda bebas dari stress.
Jika Anda bekerja, set matlamat dari start bangun pagi hingga malam nanti. Misalnya, letak target jam berapa Anda nak bangun, jam berapa nak masuk ke tempat kerja, nak bersemangat yang cemana, lepas kerja nanti nak buat apa. Walaupun ia perkara remeh, tapi memberi kesan yang amat besar pada tahap motivasi Anda.

Jika tak ada matlamat, Anda hilang arah. Bila hilang arah, Anda akan hilang motivasi serta kepercayaan pada diri.
Kesannya, Anda akan ragu dengan tujuan hidup Anda kerana merasa hidup Anda serba membosankan. Perkara kecil jika ada berpuluh, sudah tentu jadi besar.

Ibarat dua puluh batang lidi. Bila diikat sekali, senang nak dibengkokkan. Tapi susah dipatahkan kerana kekuatannya. Gitu juga dengan matlamat yang kecil-kecil, macam sebatang lidi.

Matlamat yang kecil-kecil, bila sudah di set sepanjang masa dalam apa jua perkara sudah tentu menghasilkan kualiti baik pada matlamat yang besar.






Realiti Kehidupan

Orang-orang berjaya sentiasa sibuk berfikir, walaupun di paras wajah mereka nampak tenang. Fikiran mereka sentiasa ligat mencari idea. Mereka sentiasa ada motivasi ingin memperbaiki diri, growth oriented.

Mereka tak sibuk dengan hal orang lain, tetapi sibuk berfikir bagaimana memperbaiki hidup mereka. Walaupun pencapaian mereka dah berada di tahap tinggi, mereka set target yang lebih tinggi lagi, supaya menjadi motivasi, sebagai booster diri mereka untuk lebih berjaya.
Orang biasa, lebih banyak berfikir cemana nak survive dalam hidup, tapi kurang berfikir cemana nak memperbaiki taraf hidup menjadi lebih baik, lebih bahagia. Saya bukan nak point pada siapa-siapa, ini realiti kehidupan.

Orang biasa sibuk berfikir pasal bil-bil hujung bulan, sibuk memikirkan kos yang makin meningkat, perniagaan yang kurang mendapat sambutan, rakan sekerja yang berperangai, juga sibuk berfikikir cemana nak membayar hutang-hutang.
Pemikiran biasa akan membetuk kita menjadi biasa-biasa, yang sekadar terperap dengan hidup biasa. Anda boleh kenal orang biasa, mereka selalnya akan memandang remeh pada orang yang rajin berusaha mengejar kejayaan, mereka tak mahu mengambil risiko semata-mata mahu mencapai kebebasan kewangan dalam hidup. Pendek kata, mereka mahu selesa, selamat dan terus selesa.

Kita perlu ubah pemikiran menjadi luar biasa, agar pencapaian kita jadi lebih cemerlang, lebih berjaya lebih dari yang biasa. Ya, ia berisiko untuk gagal, tapi ornag yang berani gagal, mengecap kemanisan hidup lebih besar dari orang lain di sekelilingnya.
Jadi, keluar dari kepompong hidup sekadar cukup membayar bil-bil, tapi ubah fikiran memfokus pada bagaimana memperbaiki hidup dengan berusaha dua kali ganda lebih dari yang sebelumnya .


Biar susah sekarang, jadi senang berpanjangan di masa hadapan!
Sibukkan diri berfikir bagaimana memperbaiki hidup, pencapaian dalam kerjaya, bagaimana memperbaiki perniagaan dan fokus pada bagaimana nak mencapai kebebasan kewangan.