
Kau bekerja sebab nak dapatkan duit. Kau berniaga sebab nak dapatkan duit. Ada pula yang berblogging sebab nak dapatkan duit. Duit dengan kehidupan kita memang tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja pasal duit, memang semua orang suka. Aku suka dan kau pun suka. Apatah lagi kalau dapat duit percuma. Melompat kegembiraan tak ingat dunia.
Nak dapat duit tak semudah yang disangka. Usaha kena keras baru duit tu datang melayang masuk ke dalam poket kau. Kalau poket penuh hati pun senang. Semakin senang hati kau, semakin senang untuk kau belanjakan duit kau. Shopping sana sini beli baju, mekap, barang kemas, barang keperluan harian dan lain-lain yang kau rasa perlu.
Hari ni bukan teknik berbelanja mahupun teknik merancang kewangan yang aku mahu tulis. Bagi aku duit tu kau susah payah cari, jadi kau berhak untuk nikmati hasil usaha kau mengikut cara yang kau suka. Aku cuma mahu mengajar kau untuk memberi nilai kepada duit yang kau belanjakan itu. Ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh golongan-golongan kaya dalam kehidupan diorang. Aku lihat orang kaya lebih mengerti nilai duit berbanding orang miskin kerana mereka tahu betapa susahnya nak dapatkan duit.
1. Gunakan kad ganjaran
Aku tanya kau, berapa banyak kad ganjaran yang kau gunakan? Real Rewards, Bonuslink, JCard ataupun apa saja kad keahlian pusat membeli belah. Kau ada ke? Kalau kau kaki shopping dan kau masih tak ada kad ganjaran lagi, aku mahu kau apply selepas ini. Kenapa? Bila kau membayar harga barangan yang kau beli dan kau sertakan sekali dengan kad ganjaran, secara automatik kau akan diberi mata ganjaran. Mata ganjaran ini nanti kau boleh tebus untuk dapatkan hadiah. Ada sesetengah pengeluar kad ganjaran akan berikan kau baucer membeli-belah. Kau boleh gunakan baucer tu untuk beli barang-barang kesukaan kau. Sekurang-kurangnya setiap sen yang kau belanjakan ada pulangan di belakangnya. Tak dapat banyak sedikit pun OK lah. Jadi jangan lupa untuk sertakan kad ganjaran kau walaupun nilai pembelian kau itu hanyalah RM 0.10
2. Sebanyak itu yang kau belanja sebanyak itu yang kau patut dapat
Orang kita punya satu sifat yang buatkan kita menjadi semakin miskin bukan semakin kaya. Sifat itu adalah sifat TAK KISAH hinggakan kau nafikan hak kau dalam berbelanja sebab sifat ini. Contoh, kau makan ayam di KFC. Kemudian kau dapat ayam sejuk. Pernahkah kau mintak si penjual tukarkan ayam sejuk kau kepada ayam yang panas? Padahal kau tahu ayam KFC yang panas lebih sedap berbanding yang sejuk. Tapi sebab tak kisah kau, kau biarkan saja. Come on guys! Kau bayar ayam tu mahal-mahal, kau berhak untuk dapatkan servis yang terbaik dari mereka. Kau adalah pelanggan dan pelanggan adalah RAJA. Kaedah ini juga harus dipraktikkan dalam semua urusan perbelanjaan kau. Mulakan selepas kau baca entri ini.
3. Syiling itu juga duit
Hohoho… Ini juga masalah besar bagi orang miskin yang berangan nak kaya. Kenapa? Biasanya kau buat tak endah dengan duit syiling dalam poket kau terutamanya duit satu sen. Kau campak merata-rata. Lagi parah, bila kau rasa membayar gunakan duit syiling dalam kuantiti yang banyak adalah sangat tidak kool. Bang… Duit syiling itu juga duit. Apa salahnya kau buat satu tabung kemudian masukkan duit syiling ke dalamnya kalau kau malu nak belanja pakai duit syiling. Dah penuh kau bawak pergi bank. Pihak bank dengan senang hatinya terima duit syiling tu untuk dimasukkan ke dalam akaun kau. Secara tak langsung simpanan kau dalam bank bertambah.
Aku paling suka dengan kata-kata ini “… matlamat peniaga dalam perniagaannya, setiap ringgit yang dibelanjakan pulangannya haruslah sekurang-kurang sama nilai dengan nilai yang dibelanjakan atau lebih. Barulah dia dikira sebagai peniaga berjaya”
