Wednesday, January 7, 2009

Sudah sekian lama, saya tidak berkongsi catatan dan buah fikiran saya untuk anda semua. Agak busy sejak kebelakangan ini…almaklumlah dalam suasana ekonomi yang sedang menurun ini, maka kita juga perlu lebih kuat dan giat berusaha untuk mencapai matlamat yang telah kita tetapkan!

Kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik untuk anda semua!
Anda semua ingin tahu bukan? Bagaimana seseorang itu boleh mencipta dan mengumpul kekayaan!

Selain daripada pengurusan kewangan personal yang baik dan teratur, mereka yang menjadi kaya juga tahu skill atau kemahiran untuk mendapatkan kekayaan.

Jadi apa yang perlu anda tahu sekiranya ingin menjadi kaya?

Salah satu perkara yang paling penting ialah anda perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengambil sesuatu tindakan….

Contohnya antara prinsip yang paling utama yang digunakan oleh para usahawan dalam mencipta dan mengumpul kekayaan mereka ialah dengan memegang kata-kata saranan seperti berikut:-

“Saya tidak perlu tahu dan lakukan semuanya,

apa yang paling penting saya tahu siapa yang boleh lakukan untuk saya!”

Cuba anda lihat bagaimana seseorang usahawan menjayakan projek, kontrak kerja mahu pun bekalan dan perkhidmatan tersebut.

Adakah mereka melakukannya segala-galanya? Sudah tentu tidak!
Sebaliknya mereka menggunakan kepandaian dan kepakaran orang lain untuk membantu mereka menjayakan apa yang telah mereka dapat. Mereka hanya menjalankan kerja-kerja pemasaran dan selebihnya mereka mendapatkan khidmat orang lain dan membayarnya. Itu sahaja!

Lihat mereka yang membina projek dan kontrak kerja yang besar, mereka mendapatkan kepakaran tenaga buruh yang pakar dalam kerja-kerja binaan, mendapatkan graduan atau pekerja arkitek yang terbaik, mendapatkan perunding yang berkaliber dan segala-galanya yang terbaik.

Sebagai balasan, mereka membayar sejumlah wang dalam bentuk upah, gaji mahu pun komisyen kepada kumpulan tersebut dan seterusnya mereka tentukan sendiri berapa jumlah keuntungan yang ingin dinikmati.

Lihat kepada tauke-tauke perniagaan, mereka hanya mengurus dan ada sesetengah mereka membayar upah yang tinggi kepada seseorang pengurus yang hebat kerana mampu mendapatkan pulangan dan keuntungan yang tinggi untuk syarikat.

Jadi mulai sekarang jika sekiranya anda ingin menjadi kaya, anda tidak perlu tahu apa yang perlu anda buat tetapi sebaliknya anda perlu tahu siapa yang boleh buat!

Rancang Perbelanjaan Diri

Pernahkah anda tersasul berbelanja pada hujung bulan?..Saya pasti tiap hujung bulan pasti semua bergembira..maklumlah gaji dah ada..hakikatnya juga yang tidak gembira apabila waktu gaji ..sebabnya nak BAYAR HUTANG!!.

Siapa pula yang perlu bertanggungjawab dalam bajet atau pengurusan kewangan keluarga. Suami, isteri, ibu atau ayah?

Jika bajet individu tentu mudah jawabnya, kerana ia sudah tentulah tanggungjawab individu itu sendiri. Namun adakah kita mempunyai bajet menguruskan wang secara berhemah itu.

Dewasa ini, ramai membunuh, terbunuh dan dibunuh angkara meminjam wang dari saluran tidak berlesen, ‘along’. Tidak kurang yang mendapat surat amaran dan saman dari institusi perbankan kerana gagal membayar balik wang pinjaman.

Malah, ada sesetengah yang hutangnya (sama ada pinjaman pendidikan, perniagaan atau persendirian) menjadi ‘warisan’ yang terpaksa ditanggung oleh anak dan ahli waris.

Namun yang sering berlaku, ramai akan mengalami kegawatan kewangan setiap kali musim perayaan dan sesi persekolahan bermula.

Semuanya gara-gara tidak bijak menguruskan kewangan atau tidak ada bajet belanjawan dalam kehidupan harian diri dan keluarga.

Al-Quran mengingatkan: Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (Al-Maidah: 2)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda: Orang yang mampu membayar hutang, haram atasnya melalaikan hutangnya. Maka apabila salah seorang di antara kamu memindahkan hutangnya kepada orang lain, pemindahan itu hendaklah diterima, asal yang lain itu mampu membayar. (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi).

Meminjam kerana benar-benar memerlukan atau sebaliknya, semua itu adalah hutang yang akan dihitung di akhirat kelak jika ia gagal membayar balik.

Malah, budaya memiliki sesuatu melebihi keperluan asas dan amalan berbelanja secara boros dan mengikut trend masyarakat mendorong institusi kewangan mereka cipta pelbagai kredit dan bentuk pinjaman yang mengaburi mata pengguna.

“Ini membuatkan ramai yang terus dibebani hutang, malah berlipat ganda kerana terpengaruh dengan pelbagai tawaran istimewa sistem kredit bank,”

suami isteri sepatutnya saling berbincang dan mempunyai persefahaman yang rapat dalam mencorakkan kewangan keluarga.

Setiap keluarga perlu menyediakan bajet bukan sahaja tahunan, malah harian, mingguan dan bulanan.

Masa 24 jam sehari semalam adalah milik semua, terpulang bagaimana masa yang ada itu diurus dan digunakan bagi menjamin kebahagiaan hidup.

Kekayaan belum menjamin dan tidak boleh membeli kebahagiaan hidup sesebuah keluarga.

Sebaliknya harta benda sering menyebabkan rumah tangga dan keluarga porak peranda malah tergadai maruah dan hilang nyawa.