Wednesday, January 7, 2009

Rancang Perbelanjaan Diri

Pernahkah anda tersasul berbelanja pada hujung bulan?..Saya pasti tiap hujung bulan pasti semua bergembira..maklumlah gaji dah ada..hakikatnya juga yang tidak gembira apabila waktu gaji ..sebabnya nak BAYAR HUTANG!!.

Siapa pula yang perlu bertanggungjawab dalam bajet atau pengurusan kewangan keluarga. Suami, isteri, ibu atau ayah?

Jika bajet individu tentu mudah jawabnya, kerana ia sudah tentulah tanggungjawab individu itu sendiri. Namun adakah kita mempunyai bajet menguruskan wang secara berhemah itu.

Dewasa ini, ramai membunuh, terbunuh dan dibunuh angkara meminjam wang dari saluran tidak berlesen, ‘along’. Tidak kurang yang mendapat surat amaran dan saman dari institusi perbankan kerana gagal membayar balik wang pinjaman.

Malah, ada sesetengah yang hutangnya (sama ada pinjaman pendidikan, perniagaan atau persendirian) menjadi ‘warisan’ yang terpaksa ditanggung oleh anak dan ahli waris.

Namun yang sering berlaku, ramai akan mengalami kegawatan kewangan setiap kali musim perayaan dan sesi persekolahan bermula.

Semuanya gara-gara tidak bijak menguruskan kewangan atau tidak ada bajet belanjawan dalam kehidupan harian diri dan keluarga.

Al-Quran mengingatkan: Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (Al-Maidah: 2)

Rasulullah s.a.w. pula bersabda: Orang yang mampu membayar hutang, haram atasnya melalaikan hutangnya. Maka apabila salah seorang di antara kamu memindahkan hutangnya kepada orang lain, pemindahan itu hendaklah diterima, asal yang lain itu mampu membayar. (Riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi).

Meminjam kerana benar-benar memerlukan atau sebaliknya, semua itu adalah hutang yang akan dihitung di akhirat kelak jika ia gagal membayar balik.

Malah, budaya memiliki sesuatu melebihi keperluan asas dan amalan berbelanja secara boros dan mengikut trend masyarakat mendorong institusi kewangan mereka cipta pelbagai kredit dan bentuk pinjaman yang mengaburi mata pengguna.

“Ini membuatkan ramai yang terus dibebani hutang, malah berlipat ganda kerana terpengaruh dengan pelbagai tawaran istimewa sistem kredit bank,”

suami isteri sepatutnya saling berbincang dan mempunyai persefahaman yang rapat dalam mencorakkan kewangan keluarga.

Setiap keluarga perlu menyediakan bajet bukan sahaja tahunan, malah harian, mingguan dan bulanan.

Masa 24 jam sehari semalam adalah milik semua, terpulang bagaimana masa yang ada itu diurus dan digunakan bagi menjamin kebahagiaan hidup.

Kekayaan belum menjamin dan tidak boleh membeli kebahagiaan hidup sesebuah keluarga.

Sebaliknya harta benda sering menyebabkan rumah tangga dan keluarga porak peranda malah tergadai maruah dan hilang nyawa.

No comments:

Post a Comment