Tuesday, February 10, 2009

BERIKAN NILAI PADA DUIT KAU..


Kau bekerja sebab nak dapatkan duit. Kau berniaga sebab nak dapatkan duit. Ada pula yang berblogging sebab nak dapatkan duit. Duit dengan kehidupan kita memang tak dapat dipisahkan. Sebut sahaja pasal duit, memang semua orang suka. Aku suka dan kau pun suka. Apatah lagi kalau dapat duit percuma. Melompat kegembiraan tak ingat dunia.

Nak dapat duit tak semudah yang disangka. Usaha kena keras baru duit tu datang melayang masuk ke dalam poket kau. Kalau poket penuh hati pun senang. Semakin senang hati kau, semakin senang untuk kau belanjakan duit kau. Shopping sana sini beli baju, mekap, barang kemas, barang keperluan harian dan lain-lain yang kau rasa perlu.

Hari ni bukan teknik berbelanja mahupun teknik merancang kewangan yang aku mahu tulis. Bagi aku duit tu kau susah payah cari, jadi kau berhak untuk nikmati hasil usaha kau mengikut cara yang kau suka. Aku cuma mahu mengajar kau untuk memberi nilai kepada duit yang kau belanjakan itu. Ini adalah teknik yang selalu digunakan oleh golongan-golongan kaya dalam kehidupan diorang. Aku lihat orang kaya lebih mengerti nilai duit berbanding orang miskin kerana mereka tahu betapa susahnya nak dapatkan duit.


1. Gunakan kad ganjaran

Aku tanya kau, berapa banyak kad ganjaran yang kau gunakan? Real Rewards, Bonuslink, JCard ataupun apa saja kad keahlian pusat membeli belah. Kau ada ke? Kalau kau kaki shopping dan kau masih tak ada kad ganjaran lagi, aku mahu kau apply selepas ini. Kenapa? Bila kau membayar harga barangan yang kau beli dan kau sertakan sekali dengan kad ganjaran, secara automatik kau akan diberi mata ganjaran. Mata ganjaran ini nanti kau boleh tebus untuk dapatkan hadiah. Ada sesetengah pengeluar kad ganjaran akan berikan kau baucer membeli-belah. Kau boleh gunakan baucer tu untuk beli barang-barang kesukaan kau. Sekurang-kurangnya setiap sen yang kau belanjakan ada pulangan di belakangnya. Tak dapat banyak sedikit pun OK lah. Jadi jangan lupa untuk sertakan kad ganjaran kau walaupun nilai pembelian kau itu hanyalah RM 0.10

2. Sebanyak itu yang kau belanja sebanyak itu yang kau patut dapat

Orang kita punya satu sifat yang buatkan kita menjadi semakin miskin bukan semakin kaya. Sifat itu adalah sifat TAK KISAH hinggakan kau nafikan hak kau dalam berbelanja sebab sifat ini. Contoh, kau makan ayam di KFC. Kemudian kau dapat ayam sejuk. Pernahkah kau mintak si penjual tukarkan ayam sejuk kau kepada ayam yang panas? Padahal kau tahu ayam KFC yang panas lebih sedap berbanding yang sejuk. Tapi sebab tak kisah kau, kau biarkan saja. Come on guys! Kau bayar ayam tu mahal-mahal, kau berhak untuk dapatkan servis yang terbaik dari mereka. Kau adalah pelanggan dan pelanggan adalah RAJA. Kaedah ini juga harus dipraktikkan dalam semua urusan perbelanjaan kau. Mulakan selepas kau baca entri ini.

3. Syiling itu juga duit

Hohoho… Ini juga masalah besar bagi orang miskin yang berangan nak kaya. Kenapa? Biasanya kau buat tak endah dengan duit syiling dalam poket kau terutamanya duit satu sen. Kau campak merata-rata. Lagi parah, bila kau rasa membayar gunakan duit syiling dalam kuantiti yang banyak adalah sangat tidak kool. Bang… Duit syiling itu juga duit. Apa salahnya kau buat satu tabung kemudian masukkan duit syiling ke dalamnya kalau kau malu nak belanja pakai duit syiling. Dah penuh kau bawak pergi bank. Pihak bank dengan senang hatinya terima duit syiling tu untuk dimasukkan ke dalam akaun kau. Secara tak langsung simpanan kau dalam bank bertambah.

Aku paling suka dengan kata-kata ini “… matlamat peniaga dalam perniagaannya, setiap ringgit yang dibelanjakan pulangannya haruslah sekurang-kurang sama nilai dengan nilai yang dibelanjakan atau lebih. Barulah dia dikira sebagai peniaga berjaya”

Saturday, February 7, 2009

Elakkan Berbangga Dalam Berbelanja

Jam menunjukkan 11.30 mlm. Petang tadi aku balik dari merayap sorang-sorang menikmati kehidupan di bandar Kuantan ni. Mungkin kau rasa pelik tapi ini Bandar Kuantan kawan… Mana pernah kenal erti malam. Siang dan malam tiada bezanya. Tapi di waktu malam kehidupannya lebih meriah terutamanya di malam minggu. Minah rempit berpakaian seksi sambil membonceng motor tertunggek-tunggek menunjukkan punggung yang berkurap..hempeh!!. Oh! Nikmatnya mata, banyak pulak dosa he..he. Belum lagi lalu di Teluk Cempedak. Kau boleh lihat manusia jalan macam ketam ataupun huyung-hayang macam Kuantan sedang gempa bumi. Ni kes overdose teguk air kencing setan.

Lupakan sebentar semua tu. Aku mahu ceria pasal perasaan bangga. Sebagai manusia normal, kau punya perasaan begini. Aku juga ada perasaan begini dan aku katakan tak salah untuk kau ada perasaan ini. Kau berjaya dalam sesuatu perkara, kau berhak untuk bangga. Cuma bila melibatkan pembelian, aku galakkan kau buangkan perasaan ini.

Sedar tak sedar, sebenarnya dalam setiap pembelian yang kau buat adalah berdasarkan perasaan bangga. Bukan berdasarkan keperluan. Keperluan letak nombor dua. Contoh kau beli baju… Kau rasa berapa peratus kau beli sebab itu adalah keperluan? Aku kata hanya 10% saja kau beli baju tu sebab perlu. Selebihnya sebab bangga. Kau rasa kool kalau kau pakai baju berjenama dan mahal. Hasilnya kau telah bazirkan duit yang kau cari macam nak mampus semata-mata nak nampakbest dan kool. Padahal baju berjenama kau tu dibuat dari material yang sama yang boleh kau dapati di pasar malam atau butik yang tak berjenama. Harganya pula jauh lebih murah. Duit yang kau bazirkan itu sebenarnya boleh kau gunakan untuk benda yang lebih berfaedah.

Kool kah kau di mata orang lain kalau kau pakai baju yang mahal atau kau pakai kereta mewah dan berkuasa? Tidak beb! Orang lain pandang kau biasa je. Kau tu yang syok sendiri sebenarnya. Aku pakai baju kau juga pakai baju. Nak kata kau lebih handsome, sama je handsomenya dengan aku yang pakai baju tak berjenama. Sebabnya aku tahu untuk suai padankan pakaian aku. Aku ada kereta kau juga ada kereta dan kita sama-sama tersangkut dalam kesesakan trafik. Tapi sebab aku pakai Iswara yang berkuasa rendah dan murah, minyak aku lebih jimat. Kau pula yang pakai BMW berkuasa tinggi dan mahal, minyaknya macam curah atas jalan.

Aku tahu kau kaya dan mampu untuk beli barang-barang mahal tapi kalau kau mahu jadi pengguna yang bijak dan tahu menghargai nilai duit, lebih baik kau dahulukan keperluan kau berbanding perasaan bangga kau. Kau sendiri tahu nak cari duit bukan senang. Susahkan? Jadi janganlah kau bazirkan duit kau semata-mata kerana perasaan yang sia-sia ini. Itu bodoh namanya…

KERETA: Keperluan Atau Prestij ?


Salam dan Hello kepada pembaca blog aku. Rasanya sudah agak lama aku tak update blog baru aku dan melawat blog kalian semua. Alasan stereotaip aku berikan, aku sibuk. Bukan sibuk dengan kerja, tetapi sibuk dengan meng’godek-godek’ coding wordpress.

Ok! Kita berbalik ke tajuk entri hari ini. Aku mendapat ilham menulis entri ini ketika memandu di tengah lebuhraya Pantai Timur. Bosan memandu keseorangan dan mata mula terasa berat, aku melilaukan mata melihat kereta-kereta Singapore yang memotong aku (aku pandu pada kelajuan 125 km/jam). Apa diorang ni tak takut kena saman ke? Pedulikkan Zan.. Diorang punya tukaran mata wang yang lebih tinggi dari kita. Tapi yang buat aku jeles, kereta diorang memang model yang sporty, gempak-gempak, terbaru dan mahal-mahal belaka.

Orang kita membeli kereta kerana apa? Keperluan atau prestij? Memang pada mulanya, alasan digunakan adalah keperluan. Kau beli Honda Civic i-VTEC, kau tak mahu pakai kereta Wira. Tapi tiap-tiap bulan kau kena ikat perut nak bayar ansuran bulanan. Itu bukan keperluan namanya bang! Kau beli kereta sebab prestij! Nanti kau boleh tayang kat sedara mara, kau fikir kalau kau guna Honda Civic banyak awek jatuh hati dengan kau. Kalau pakai Wira, susahlah nak ngorat awek. Ni semua sebab pengaruh kata pepatah “Biar papa asal bergaya”.

Tapi jika kau orang mampu gaji tak abih makan nak buat cam ner, maknanya kau orang kayalah.boleh lah pakai keta mahal-mahal. Jangan jadikan kereta kau orang tu macam tuan pulak..beli mahal-mahal kau simpan je kat rumah..Hempeh!!.

Kalau kau nak beli kereta, aku sarankan kau ikut peraturan ini:

1. Nilai ansuran bulanan tidak melebihi satu pertiga gaji bersih yang kau terima setiap bulan.Gaji bersih adalah gaji pokok ditolak dengan EPF, Socso, insurans dan hutang piutang yang lain. Kemudian kau bahagi kepada tiga. Itulah nilai ansuran bulanan kereta yang kau mampu bayar. Lebih bagus kalau nilai satu pertiga itu termasuk dengan maintenance dan duit minyak.

2. Beli kereta terpakai ( Kalau kau orang pandai tengok enjin ler )

“Mana kool kalau beli kereta second hand? Kereta barulah kool” Heh! Kau akan jadi lebih tak kool kalau kau terpaksa ikat perut, potong perbelanjaan yang lain hinggakan keluar dating pun awek kau yang belanja hanya kerana nak bayar ansuran bulanan kereta baru yang sangat mahal. Lebih baik kau beli kereta second hand yang lebih murah dengan ansuran bulanan yang lebih rendah. Lebih praktikal untuk mereka yang mahu memiliki kereta pertama kali. Untuk rekod, 80% jutawan dan billionaire seluruh dunia menggunakan kereta terpakai. Jadi kenapa kau perlu malu?. Walaubagaimanapun pun kau orang kena kira juga interestnya sb keta baru ni interrest nya murah..so bulanan jadi rendahlah.keta pun tak banyak ragam..

3. Nilai muka (downpayment) yang tinggi, tempoh hutang yang singkat

Jangan gopoh untuk memiliki kereta sendiri. Aku tahu sekarang banyak promosi jualan kereta dengan harga muka serendah 0%. Itu semua promosi nak menjahanamkan kau. Simpan duit kau hingga kau mampu bayar duit muka sekurang-kurangnya 50%. Kau mampu singkatkan tempoh hutang dan makin kurang kau bayar bunga pada bank. Perlu kau ingat, satu pertiga dari tempoh pinjaman sebenarnya hanya untuk membayar bunga kepada bank sahaja. Dalam tempoh itu, kalau kau mahu jual kereta kau, memang kau rugi.

Kereta adalah aset paling cepat susut nilainya di dunia ini

LAST SEKALI UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI LAH!! HA..HA..